Posts

Pengenalan kepada geografi

Definisi Geografi Geografi merupakan gabungan dua perkataan iaitu geo dan grafik . Geo merujuk kepada bumi manakala grafik adalah lukisan. Jadi dapat dikatakan bahawa geografi merupakan satu bidang yang mengkaji tentang bentuk muka bumi.  Geografi terbahagi kepada dua elemen yang penting iaitu *Geografi Fizikal *Geografi Manusia Elemen ini Saling berkait dan berkebergantungan antara satu sama lain di permukaan bumi. Dapat dibahagikan kepada skop yang lebih kecil iaitu alam sekitar fizikal dan manusia.  Secara ringkas, geografi merupakan satu bidang ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan manusia dan memperjelaskan dengan terperinci tentang elemen yang terdapat di bumi serta berkait rapat dengan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh manusia.